Home >> Kegunanaan lorong kecemasan

Kegunanaan lorong kecemasan
Biasanya, lebuh raya menyediakan 4 lorong, iaitu:

1.Lorong Kecemasan
2.Lorong Perlahan
3.Lorong Laju
4.Lorong Memotong


Lorong kecemasan
Bahu jalan atau lebih dikenali sebagai lorong kecemasan ini disediakan khusus untuk tujuan kecemasan.

Secara dasarnya lorong kecemasan ini dikhaskan untuk kegunaan ambulans, bomba dan penyelamat, polis, agensi penguatkuasaan serta kenderaan yang rosak atau dalam situasi kecemasan.

Lorong Kecemasan adalah untuk kecemasan. Bukan utk kesenangan kita.

1. Lorong kecemasan bukanlah lorong memandu, justeru itu mana-mana kenderaan mesti keluar dari lorong kecemasan;

2. Tidak boleh memasuki lorong kecemasan apatah lagi memandu di lorong kecemasan;

3. Lorong kecemasan dikhaskan hanya untuk kenderaan yang rosak, tidak boleh bergerak ataupun berhenti akibat situasi kecemasan yang tidak boleh dielakkan;

4. Pemandu mesti sentiasa pada bila-bila masa mengekalkan jarak pemanduan yang selamat;

5. Pemandu mesti sentiasa memberi perhatian kepada pemanduannya terutama kepada keadaan dan situasi yang wujud di hadapan beliau;

6. Kemalangan di lorong kecemasan adalah satu kes kemalangan langgar belakang, banyak nas-nas undang-undang yang tidak memihak kepada pemandu yang melanggar kenderaan lain dari arah belakang;

7. Kenderaan lain kecuali motorsikal adalah pengguna berbayar di lebuhraya yang mana pihak pengendali konsensi lebuhraya terikat kepada kontrak dengan pengguna berbayar tersebut terutama dalam aspek keselesaan dan keselamatan semasa pengguna berbayar sedang menggunakan perkhidmatan berbayar tersebut.

Masa memandu, selalu ingat:

Pandu Cermat Selamat Sampai
Pandu Cermat Selalu Ingat Orang Tersayang
Go to About Us to explore more
Or click below to renew road tax
About Us
Renew Roadtax